Coaching
Consulting
Training

   Distillation Water System     

   Features & Advantages     

   Choice of Distiller Models     

   Specifications     

   Price & Payment     

   Special Offer / Hot Deals     

   Distiller Order Form     

   Frequently Asked Questions     

   Resellers Wanted     

   Testimonials     

   System Maintenance     

   Contact Us     

 
   
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

..................................................
..................................................


  English  |  Bahasa Melayu  |  Chinese      

   
Apakah Air Suling

Air suling adalah air yang telah diwapkan hasil daripada proses pemanasan ke tahap mendidih. Ia adalah air (H20) yang paling asli, bebas dari semua jenis kekotoran, pencemaran dan pepejal yang telah larut.

Untuk menikmati kebaikan air suling yang asli dan berseri, proses penyulingan wap adalah kaedah paling berkesan untuk penulenan air bagi membuang kekotoran organic dan bukan organic, radio aktif dan juga bahan-bahan pencemaran biologi.

Penyuling air boleh menghapuskan jauh lebih banyak jenis kekotoran berbahaya dan lebih berkesan berbanding dengan sistem rawatan air yang lain, termasuk penapisan air, penyaringan, proses pengionan dan osmosis berbalik.

Inilah di antara sebab-sebab penyulingan wap diiktiraf sebagai satu standard (piawaian) air asli yang diyakini. Kebanyakan perubatan cecair dicampur dengan air suling bagi mengelakkan masalah perseimbangan mutu air. Kebanyakan para doktor mengesyorkan pesakit-pesakitnya meminum air yang disuling lebih-lebih lagi bagi mereka yang terikat kepada diet terhad ke atas garam atau sodium

Penyulingan wap biasanya menghapuskan 99.7% daripada larutan pepejal dan lain-lain pencemaran di dalam air. Dalam proses yang sama, bau-bauan gas sekiranya ada, akan diserap oleh arang pengiat.

Di dalam rencana ‘The Shocking Truth About Water’, Dr. Paul C Bragg ND Ph.D. menulis bahawa, “Terdapat lebih daripada 12,000 jenis kimia di dalam pasaran hari ini. 500 jenis lagi ditambah setiap tahun. Tidak kira di mana anda tinggal sama ada di bandar atau di ladang, sesetengah dari kimia ini mungkin termasuk ke dalam air minuman anda.”

 

Tukarkan gaya hidup anda! Minumlah air suling asli mulai hari ini. Air Suling, Minuman Bagi Mereka Yang Bijak.

 

Air Suling Dan Pusingan Hydrologi

 

Kepanasan dari matahari menyebabkan air laut, sungai dan permukaan air menjadi sejat (kering) dan naik menjadi kepulan awan. Semasa proses pemeluapan, titisan air akan jatuh menjadi hujan, salji dan embun yang tidak selamat untuk kegunaan manusia, kerana ianya dicemari oleh udara dan juga semasa di bumi. Hujan dan salji akan menyerap kekotoran di udara semasa ia jatuh ke bumi, dan proses ini menjadikan langit biru dan cerah.

 

Sulingan akan mencontohi Pusingan Hydrologi untuk menghasilkan air asli yang bersih dan selamat melalui penyulingan air tertutup bagi mengelakkan sebarang kemungkinan pencemaran.

 

 

Proses Penyulingan Air Monark

 

Penyulingan amat berkesan untuk menghapuskan pencemaran seperti mendak tergantung, jangkitan organisma, pepejal dan logam terlarut, bahan kimia, pelarut buangan kilang dan gas berbahaya untuk memberikan anda air bersih berseri, asli dan jernih seperti kristal. 



1.

Air paip dipanaskan ke suhu 100°C untuk memulakan proces pemeluapan.

2.

Wap yang timbul, diluapkan melalui lingkaran besi aliskarat oleh kipas penyejuk yang menjadikan wap kepada air asli.

3.

Gas-gas yang mungkin hadir semasa pemeluapan akan terlepas ke udara melalui ruang gas.

4.

Air yang disuling, kemudian akan menitis menerusi penapis karbon pengiat untuk menghapuskan baki-baki gas yang mendap dan bau-bauan.

5.

Air yang disuling di simpan dalam tangki tabungan.

6.

Di peringkat akhir proses penyulingan, semua kekotoran dan pencemaran (juga dipanggil mendak) akan tertinggal di dalam tangki pendidih aliskarat.

7.

Pencucian dan penjagaan yang rapi ke atas unit-unit penyulingan adalah perlu untuk kemampuan penyulingan yang berkesan.

 

 
 

     

 
 

 

 

           

 

                         

                                             Copyright 2006 Monark Nutrients (M) Sdn Bhd. All rights reserved.